Larian amal sulung Yayasan CVSKL berjaya kumpul RM45,000 dana untuk pesakit kardiovaskular

Larian amal sulung Yayasan CVSKL berjaya kumpul RM45,000 dana untuk pesakit kardiovaskular

KUALA LUMPUR 22 Nov – Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) berjaya mengumpul sejumlah RM45,000 untuk yayasan mereka melalui larian amal sulung disertai lebih 1,700 peserta yang diadakan pada 17 November lalu.

Ia dianjurkan sempena memperingati ulang tahun ke-7 CVSKL, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan kardiovaskular sambil menyokong pesakit yang kurang bernasib baik.

Bagi menambahkan lagi kemeriahan, acara itu turut menampilkan struktur gerbang gergasi berbentuk jantung, pameran pendidikan interaktif dan ruang saringan kesihatan yang menggalakkan gaya hidup jantung sihat.

Larian diakhiri dengan cabutan bertuah dan penyampaian cek sumbangan oleh Pakar Perunding Kardiologi CVSKL, Datuk Dr. Rosli kepada ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan CVSKL, Dato’ Azzat Kamaluddin sambil disaksikan ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr. Mohd. Radzi Jidin.

Dr. Rosli berkata, satu daripada empat tunggak yang menjadikan pihaknya sebuah pusat kecemerlangan ialah komitmen terhadap tanggungjawab sosial korporat dan usahanya menyumbang semula kepada masyarakat.

“Acara ini sangat istimewa kerana bulan November menandakan ulang tahun kami yang ke-7, dan ia merupakan cara yang terbaik untuk meraikan kesihatan dan menyokong tujuan yang mulia,” katanya dalam satu kenyataan.

Yayasan CVSKL ialah pertubuhan amal yang ditubuhkan pada 2022 untuk menyokong pendidikan dan program kesedaran mengenai kesihatan kardiovaskular, menjalankan penyelidikan dan memanjangkan sokongan kewangan kepada individu yang kurang bernasib baik yang mengalami masalah kardiovaskular.

Para doktor dari CVSKL menyumbang RM1 juta yang pertama kepada yayasan untuk memulakan usaha pengumpulan dana.

Sejak penubuhannya, yayasan berkenaan telah membantu lebih 27 individu.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan CVSKL, Raymond Wong berkata, setiap ringgit yang disumbangkan akan digunakan untuk membantu pesakit yang memerlukan.

“Kami berharap acara ini dapat memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menyertai misi kami dalam pengumpulan dana,” ujarnya.

CVSKL turut merakamkan penghargaan kepada semua peserta, penganjur dan penaja termasuk Kinohimitsu, MBT, TAGS Chiropractic & Rehabilitation dan Viatris atas sokongan mereka dalam menjayakan acara terbabit.

Sources

  1. Dagang News
  2. Medialah
  3. Malaysia News TV
  4. Edisi9
  5. Prebiu
  6. Suara Merdeka

50 kes Tavi: CVSKL lakar sejarah kecemerlangan rawat masalah Stenosis Aorta

KUALA LUMPUR 10 Mac 2023 – Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) mencatatkan pencapaian membanggakan dengan kejayaan menjalankan kes Implantasi Injap Aorta Transkateter (TAVI) yang ke-50 baru-baru ini. Prosedur TAVI pertama telah berjaya dilaksanakan di CVSKL pada tahun 2019.

Prosedur TAVI adalah prosedur invasif minimal yang sangat kompleks, khusus untuk individu yang mengalami stenosis aorta yang parah dan tidak cocok untuk menjalani operasi, terutama di antara warga emas.

Stenosis aorta berlaku apabila injap di antara ventrikel kiri dan aorta tidak berbuka  sepenuhnya akibat pemendakan kalsium, yang menyebabkan darah sukar mengalir ke seluruh badan. 

Penyakit injap jantung adalah salah penyebab utama morbiditi dan mortaliti kardiovascular di dunia dan kemerosotan pataloginya dikaitkan dengan process penuaan, di mana pembedahan tidak sesuai untuk pesakit yang lebih tua. 

Perunding kardiologi, Datuk Dr Rosli Mohd Ali sememang terkenal dengan kemahirannya merintis prosedur TAVI dan beliau adalah salah seorang daripada dua proktor di negara ini. 

Bersama dua pakar kardiologi, Datuk Dr Tamil Selvan Muthusamy dan Dr Choo Gim Hooi sebagai pakar bedah kedua dan ketiga, beliau mengetuai pasukannya melakarkan kejayaan dalam prosedur selama 2 jam itu. 

Mengulas tentang pencapaian tersebut, Datuk Dr. Rosli memberitahu bahawa pasukan jantung cukup teruja untuk meraikan pencapaian penting itu dan menyifatkan ia sebagai kejayaan seluruh pasukan. 

Beliau menambah, “Prosedur TAVI telah mengubah senario dalam rawatan stenosis aorta yang teruk, memberikan pilihan kepada pesakit yang tidak sesuai untuk menjalani pembedahan terbuka. Kerja berpasukan yang cemerlang antara rakan sekerja saya dan seluruh pasukan cathlab di sini memastikan semua kes yang rumit (kompleks) diselaraskan sebaik-baiknya untuk memastikan hasil dan kualiti penjagaan yang lebih baik.”

Ditubuhkan pada 2020, program Structural Heart Centre of Excellence (Pusat Kecemerlangan Jantung Berstruktur) di CVSKL berfungsi untuk mendiagnosis dan merawat masalah struktur jantung yang menjejaskan injap, dinding, ruang, dan otot jantung. Masalah-masalah jantung ini wujud sejak lahir atau ia disebabkan oleh penuaan. 

Pencapaian cemerlang CVSKL ini menunjukkan komitmennya untuk menyediakan rawatan yang paling maju dan inovatif kepada pesakit. 

Hospital ini terus memainkan peranan penting dalam kemajuan penjagaan kesihatan jantung di Malaysia dan luar negara. Untuk maklumat lanjut, sila e-mel ke info@cvskl.com atau hubungi atau WhatApp +603 2276 7002 pada waktu pejabat. 

Sumber 

CVSKL has opened its door as one of the new vaccination centres in Sentral of Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR (July 4, 2021) – CVSKL is now selected as part of the COVID-19 Vaccination Centre in concurrence to the National Covid National COVID -19 Immunization Programme (PICK), beginning on 7th of June 2021. CVSKL would like to encourage all Malaysians to be vaccinated with this effort and further quicken the vaccination program process.

Tan Sri Tan Sri Dato’ Dr. Yahya Awang, Chairman of CVSKL said the decision was made to lessen the burden of other vaccination centres. “With the overwhelming number of Malaysians who are still anxiously waiting for their vaccines to be taken, we are more than happy to open our doors to help other vaccination centers to decrease the number of patients and dispersing the crowds as to fasten the vaccination programme” he said in a statement.

Apart from creating lesser burden for other front liners, CVSKL is committed to ensure that every Malaysian would be part of the herd immunity by end of 2021.

“Our main goal is to make sure that every Malaysian has a chance to be part of the vaccination program, especially those at the age of 60s and above” added Tan Sri Tan Sri Dato’ Dr. Yahya Awang.

All vaccine recipients are to observed strict social distancing and walk in appointments are strictly not allowed. Appointments must be made via through MySejahtera app or logged on to www.vaksincovid.gov.my for more status info.

The vaccination center will be up and running from 8am to 4pm daily from Monday to Friday.

For more information, please call or Whatsapp us at +603  2276 7002 during our normal office hours or email us at info@cvskl.com.

Sumber